Tuesday, March 10, 2009

Suami=teRKEsima...LEMah kE AKu????

Seorang suami yang ingin berkahwin lagi menulis sebuah puisi kepada isteri pertamanya sebagai tanda meminta izin. Tersenyum saya membaca puisi yang ditulis oleh sang suami kemudian dibalas oleh sang isteri dengan puisi juga....hehehe... Agaknya jika saya atau anda (perempuan) mendapat puisi yang sebegini dari suami masing-masing, boleh tak tersenyum?
***Ini puisi dari sang suami
Isteriku ,jika engkau bumi,akulah matahari..
aku akan menyinari mukerana engkau mengharapkan sinaran dari ku.
.ingatlah bahtera yang kita layari,begitu penuh riak gelombang..
aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku...
lantas aku ingat satu halbahawa Tuhan mencipta mataharibukan hanya untuk bumi semata
...malah ada planet lainyang juga mengharapkan sinaranku...
Lalu......
relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Ilahisinaranku ini diperlukan di planet lain juga..
.*** Ini balasan puisi dari sang isteri***
Suamiku,andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,a
ku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planetyang telah TUHAN ciptakan
kerana mereka juga seperti akuperlukan cahayamudan....
akupun juga tidak akan merasakekurangan dengan sinaran mu...
AKAN TETAPIIIIIIII. .
bila kau hanya sejengkal lilinyang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!
!kerana bilik tidur kita yang kecil punbelum mampu kau terangi.
lihatlah diri mu pada cermin kacadi sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya muyang telah aku mengerti...
cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangancuma mancis saja!!!!!please lah....!!!jangan la nak berangan!!




p/S:NK Buka CAWANGAN baru tue,tgk2 la dulu 'MAMPU' ke.........;0,;)email above had been forwarded to me



























No comments:

Post a Comment