Wednesday, February 25, 2009

What GOES ArouND,Comes ARound....

Setujukah anda jikalau dikatakn saat bersekolah adalah yg dirindui??itulah apa yg zi rasa sekarang.Dulu zi ingat lg ustaz Wan Zahari pernah ckp,"kat universiti nanti awak akan kenal dunia nie,ragam manusia,di situlah awak akan belajar benda baru,Jikalu awak tidak tetap iman,awak akan hanyut dgn kejutan budaya yg awak jumpe".Walaupun Segamat ni bknla bndar besar mana,tp Dugaan sepanjang hampir 4 tahun di sini cukuplah untuk dikenang sebagai kenangan yg manis +pahit=pengalaman.

Zi rindu sgt zaman sekolah dulu,masa sekolah rendah dan menengah dulu,kwn2 zi yg betul2 menghargai diri zi pada masa dulu.Sekarang ada jugak kwn,tp betulla kata pepatah ,kwn ketawa senang dicari,kwn menangis??kiter seorang yg hadapi.Zi tak sabar nk habis belajar.rasanya sepanjang zi hidup,dugaan terbesar yg pnh dihadapi ialah pemergian arwah nenek zi,Yg lain2 dugaan zi bolah hadapi.Kehilangan orang tersayang membuatkan zi tersedar kiter akan menghargai sesuatu apabila kiter telah kehilangannya,Zi masih ingat arwah nenek pnh telefon zi tanya tak balik kampung ke,Zi ckp BZ.Sampaila zi balik,tu adalah terakhir zi pulang,Dan seterusnya zi hanya dapat tgk arwah nenek di ICU je


Yg zi sedih sgt.Walaupun arwah nenek tenat masa tue,Die berusaha nk ckp ngn zi,bersungguh2 semangat nenek nk bersuara,Zi tau apa yg nenek nk cakapkan,biarla zi je yg tau .Tp yg pasti anda seharusnya menhormati dan menyanyagi ibu bapa anda lebih dr gf dan bf anda sendiri.Sepanjang arwah nenek hidup,Nenek tak pernah meninggi suara,kalau zi balik,nenek akan hidangkan dan paksa zi makan jugak,Dgn senyum kelat zi mkn walaupun da kenyang.Nenek sgt memuliakn tetamu,kalau ade org dtg,Hari Raya terutamanya,tetamu yg dtg tue takkn larat la nak balik sebab perut mereka da penuh ngn makanan.Klau anda tk mkn jugak,nenek akan tarik anda rasa masakan die,nenek nak tetamu die gembira dgn layanan die.

TP yg zi betul2 respect pada nenek zi ialah betapa nenek menghormato menantunya,malahan lebih dari anak sendiri.Penah mak zi menyatakn ketidakpuas hatinye terhadap layanan yg diberi nenek kepada abah zi,Kes cemburu la nie.Anda bayangkan ,nenek yg da berumur 80 tahun tue masak kat dapur,nk bg abah zi mkn sambal goreng kesukaan abah zi,lepas masak,hidangkan pada abah zi.Mak zi tak diendahkan,yg penting abah zi kenyang.

Zi betul2 syg dan kagum ngn nenek,wlaupun da berumur 80 an,arwah nenek masih lg solat ,wlupun di akhir hayatnye ,nenek solat ngn duduk,tp solat tue tak penah tinggal.Begitu sekali semangat nenek .Zi betul2 sebak sangat.Anda bayangkan bagaimana Arwah nenek membesarkan 14 orang anak,yg arwah datuk zi hanya bekerja sebagai pmetik kopi je.Tp hasilnya,semua pakcik dan makcik zi berjaya.Nenek ckp tu la berkat doa yg ikhlas dan semangat org zaman dulu.Betapa berkat rezeki tue kerana keikhlasan hati ketika bekerja.

Wlaupun tkda ijazah,tp lihatlah betapa usaha dan semangat seorang ibu mampu membesarkan anak2.Arwah nenek zi meninggal sebab sakit tua,zi rasa syukur nenek masih mampu hidup sehingga 83 tahun,Susah nk cari org zaman sekarang hidup selama begitukan.Apa yg ingin zi tekankan di sini ialah kasih sayang seorang ibu pada anaknya.Dan sifat nenek mengalir pada mak zi.

Zi inGin kongsikan pada anda kisah seorang nenek yg berada di rumah orang 2 tua tak jauh dri rumah z.Zi selalu jugak dtg jenguk mereka kat sana.Mereka rasa gembira sangat.Buah2 yg zi bwk ketika melawat mereke dibiarkan je,tp mereka teruja menyambuT kehadiran kiter dari luar.Salah seorang penghuni kat situ beragama Islam,umur lingkungan 65 tahun,ada 7 orang anak.Pelikkn,ada anak tp duduk kat situ,anak die semua berjaya and one of them adalah orang terhormat.Zi tanya kenapa tak duduk ngn anak.die ckp anak2 die wat dia mcm pengasuh,jaga cucu sampai nenek tu tkda masa nk beribadat.kesian zi dengar.Sampai satu ketika nenek tu ckp die tak mintak pun duit yg anak2 dia kirimkan setiap bulan tp dia nakkn kasih syg dan perhatian anak2,sedihkan...zi yg dgr mase tue rasa sebak sgt.anak2 dia tak tau pun yg ibu mereka skrg ada kat dlm jagaan di rumah org tua.

Tak tau la apa nk jadi,Seorang ibu boleh menjga 7 hingga 14 orang anak,Tp anak 2 tidak boleh menjaga seorang ibu!!.Sampai satu ketika nenek ni ckp die seronok tinggal kat situ,ade kwnw,DAn yg memeranjatkn nenek ni ckp DIE TAKKN REDHA PERBUATAN ANAK2NYA...zi tk tau nk ckp cmne

Sedarlah,apa yang kiter wat sama ada baik atau buruk akan dapat balasan cash di dunia nie,Mungkin cucu 2 kepada nenek td akan balas perbuatan ayah dan ibu mereka sebagai pembalasan kepada perbuatan lampau mereka,Tak mustahil....What goes around,comes around.WHAT U GIVES,U GET back,kite akan menjadi seorang ibu dan bapa kelak,,,,pikullah amanah ini sebaik mungkin.Ingatan untuk yg menulis dan anda sekalian

No comments:

Post a Comment