Wednesday, April 8, 2009

CInTAKu TAk kesamPAIan....

Kebelakngan ni,zi rasa kosong,tak tau kenapa,mungkin tekanan akibat assignment yg setinggi Gunung Ledang tu,atau zi rasa sunyi mungkin,Kdg2 rasa mcm nk hidup berkeluarga(kiasan pada ayat nk khwin),mak zi tau nie mesti die da pandang lain je:),mungkin sebab Zi masih lg dibayangi perasaan lalu.Untuk memujuk hatiku,zi banyak baca buku motivation.Ye lah,hidup tak selalu indah kan,tp yg pasti kebahagiaan individu terletak pada cara penerimaan dia sendiri.Tak semestinya dgn CINTA kita da betul rasa bahagia,mempunyai keluarga yg kaya dgn perasaan CINTA dan kasih syg adalah CNTa yg sentiasa bersama kiter,HAKIKI cinta KEpadaNYA kn,sedih la pulak(tgh dgr lagu AIsyah-CInta beralih arah),jiwaku tgh lara+kacau.Kebahagiaan hidup terletak pada keikhlasan kiter untuk menerima orang di sekeliling kita.Apela melalut mlm2 nie,mungkin sebab penat+sunyi,.....cepatla semua ni berakhir,zi tetap sabar menanti kebahagiaan yg menanti pada hari esok meskipun terpaksa tggu sekian lama.....kata2 di bawah ni zi simpan sejak peristiwa 3 tahun lalu.Tiap2 hari bgun pg zi akan bace,kdg2 bile rasa sunyi,zi bace,for what?Untuk ensure semangat zi untuk menerima seadanya terus utuh...


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang
kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang .Seluruh
cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda
kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia
untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak
,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut,
carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang
sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.
Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang
ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda
hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda
kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan
orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.



Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang
terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati
nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis.

No comments:

Post a Comment