Saturday, May 30, 2009

Which COlour you ARe??

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

''DARA" vs "TERUNA"

Semalam zi kuar minum ngn beberapa kwn lelaki zi,kwn masa sekolah menengah dulu,tgh2 bercerita,tibe2 keluar satu soalan MAUT dr mulut kwn zi,ade ke patut die tanya betulke ade pmpuan yg tkda dara sejak lahir,hmmm.zi pnh dgr pasal bnda nie,tp tak pasti sejauh mana kebenarannya,die ckp yg die nk cri isteri yg ada DARA,ok la,but then yg zi terpikir ada diskriminasi ialah,setujukan anda klau dikatakn hampir semua lelaki ingin pmpuan y masih SUCI untk dijadikan isteri,tetapi yg menimbulkan rasa ketidak puas hatian zi ialah,ADAKAH SEMUA LELAKI ITU PERAWAN???,sebabnya tak adil utk kiter menyalahkan pihak perempuan semata,kalau nak dibandingkan,sama je kan laki atau pmpuan yg tar berdara dan perawan lg,Kwn zi ckp laki yg tkda perawan takda apa sgt,klau nk dibandingkn pmpuan yg tkda dara,Ini tak adil,Then zi Tanya balik kat die,u tue perawan lg ke ???,die senyum2 je....phm2 sendiri lah kan,anda rasa bagaimana?pentingke istilah DARA atau TERUNA pada zaman sekarang nie???zi nk dgr pendapat anda semua.Setelah puas cri info,mmg betul la ada bayi pmpuan yg dilahirkan secara azali anpa DARA.Perenggan di bawah menerangkan segalanya


APA ITU SELAPUT DARA??

Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?

Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?

Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

:)

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku….

Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!

Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya…

Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi…

Wanita : Bagaimana?

Lelaki Perancis : Tidur dengan aku…

Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!

Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu.

Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Wanitaitu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.

Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.


Lelaki Arab : Astaghfirullah.. (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut…

17 QUiz within 2 hour

Rasanya da lame tak update blog nie,tgk2 2 je dah berhabuk2 ngn habuk yg meliputi blog nie,busy ngn kelas ,kesihatan pula tak berapa mengizinkan.Pg Ahad nie,zi da on9 untuk wat 17 set soalan Quiz MANAGERIAL ECONOMICS...hahaha,mlm td punyala wat kira2,rupanya byk soalan teori.kebanyakn soalan nie da belaja masa diploma dulu,mula2 5 set soalan kuiz wat ok lg,masuk je yg ke 5 dan ke atas,aku da pening2,ayat2 cinta die wat headache jer,nasib baik pkai broadband ,(apa kna mngena broadband ngn soklan plak)....klau tak mau nk jerit je,...tak sempat nk bukak buku,tak cukup masa,For 1 set of quiz,average masa lebih kurang 10 minutes,zi jwb je la,mula2 dptla 9 over 10.lame2 hahaha....2 o 3 je over 10 questions.terul betul.Klau la tak mengenangkan ada markah utk kuiz ni ,tk kuasa zi nk wat la....

Sunday, May 24, 2009

Cuti Yg ""PANJANG""

Well,da lame tak update blog nie,da bersawang ha,lepas je final exam tue,zi terus balik umah,well takde connection kat umah,so what to do,just stay at home,then right noe im in Segamat again for short courses,lgpun skrg musim demam kan,so mak zi pun kna demam teruk,risau gak kan,kesian tgk mak,tido jer,zi pun cam nk demam je nie.td g klinik bdn da panas nie.i have no idea for that....so suck

Tuesday, May 12, 2009

SEminGGu Pun Takpe...

da lebih kurang 5 hr rasanya zi bercuti,masa byk dihabiskan ngn mencuba resepi2 baru and tgk tv....byk gak citer best2 kat t.v,walaupun cuti seminggu jer(coz ade intersesi lepas nie0,tp tkpela yg penting dpt gak rest kan.zi kat umah nie da mcm full housewife pun ye gak,kat umah zi la yg masak,kemas umah,mak abah g keje ,adik2 g sekolah,bosan gak,tp seronok,,,coz dpt cuba resepi baru,masa beli magazine hr tue,terpandang buku collection resepi,zi belila,byk gak lauk pauk baru yg zi da cube,antaranya first time zi wat bergedil daging and sotong sumbat padang,sedap gak la.....

Skrg bru zi paham,jd surirumah tue lg penat dr wanita yg bekerjala....kesian pulak kat mak zi kan,da g keje then kena wat keje lg,skrg bru beberapa hr zi kat umah and rasa wat keje,huh mmg penat sgt,

Kepada u all,appreciate our mum yg kt umah tue,kesian mereka wat keje byk2....zi duk umah nie tkde masa sgt nk online coz tiap2 mlm asyik tgk tv jer,lyn astro box office,kt segamat tue jarang tgk tv ,so masa nie la nk balas dendam....hehehehe

Wednesday, May 6, 2009

FreeDOm

Hri ni last final zi.alhamdullilah paper td seperti yg dijangka,soalan tu rotate balik,cume case study tu je,tk puas hati coz byk take time la,anyway semua da berakhir,lepas ni ada la fasa,nk menghadap intersesi lg,tkpela,sabarje la byk2 kan,da lame tk update blog nie,esok zi nk balik kmpung kt batu pahat,da lame rasanya tk tgk nenek,rindu.......ni tgh tggu turn nk wat clearance,lmbt la,mata ni da ngntuk.....

Saturday, May 2, 2009

MuziK Dan DiriKU....Dan DiriMU

Muzik?betul ke muzik tu melalaikan?betulke muzik tue benda yang lalai?hmmm..pada zi muzik dapat release diri zi kalau tgh tension(selain solat kan)...kenapa entry nie ditulis,tibe2 zi trpikir byk lagu yg zi suka dgr tue ada kaitan ngn hidup zi..

Lagu yg paling zi suka-Samsons(Kenangan Terindah),jgn tanya kenapa,tp yg pasti lagu nie meruntun jiwala.Kalau dgr lagu nie mesti teringat pada zaman muda2 dulu...(da tua sgt ke skrg nie),Setiap lagu ade mesej tersendiri dan kenangan pada orang yang mendengar.Zi ada junior yg die gunakan muzik sebagai alat bantuan utk study.Zi tgk die dgr walkman,then bace buku,tgh hafal,zi tanya cmne kau study nie,die ckp dgn setiap patah perkataan dalam lirik lau tue akan mengigatkan die kepada setiap perkataan yg dihafal,perghhhhhh....tahap dewa tue,TP yg pasti setiap org ade cara masing2 kn .Budak tue mmg every sem DL la....

LAgu yg betul2 menusuk kalbu yg rasa wat zi nk nangis ialah lagu Sudirman(Ayah dan Ibu) dan juga Aisyah(Syurga Di bawah Telapak Kaki ibu)...sedihkan.Ini menunjukkn betapa effect lagu tue pada =emosi seseorang.Masa muda2 zi ngn 'dia 'selalu karaoke nyanyi lagu Eagles(Hotel California),sampaiskrg that song remind me of him:(

Pasti anda pun ade lagu kegemaran masing2 dan kenangan dgn lagu tue semua kan,byk sebenrnya lagu yg ade kaitan ngn diri zi,Terpulang cara penerimaan seseorang terhadap sesebuah lagu,,,cth :ha zi tk blh dgr kumpulan ape tue,bunkface ke apa ntah,tp kwn 2 zi suka,......zi tk suka hard core music sgt

Kalau anda tgh tension ke,dgrla lagu2 yg blh menenanagkan jiwa,tkpun dgr zikir pun ok gak kan....